Laman Rasmi DXN | Satu Dunia Satu Pasaran

Peluang yang Luas dengan DXN

Satu Dunia Satu Pasaran

Latar Belakang Syarikat

DXN diasaskan oleh Datuk Lim Siow Jin yang merupakan seorang graduan dari sebuah institusi berprestij iaitu Indian Institute of Technology. Beliau sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Minat ini telah mendorong beliau menerokai keajaiban Ganoderma. Penemuan beliau ini telah menjurus kepada penerokaan penuh potensi Ganoderma atau Lingzhi, yang turut dianggap sebagai raja herba, untuk kesihatan dan kekayaan manusia, dengan penubuhan DXN pada 1993.

Kegiatan perniagaan teras DXN termasuk penanaman, pengilangan dan pemasaran makanan kesihatan. Beribu pejabat di Malaysia dengan operasi di seluruh dunia, syarikat ini terkenal dengan perniagaan Ganoderma. Barisan produknya merangkumi siri makanan kesihatan, makanan dan minuman, produk penjagaan diri, produk penjagaan kulit dan kosmetik, produk penjagaan rumah dan siri sistem rawatan air. Sejak dari awal penubuhan pada tahun 1993, DXN berpegang teguh pada konsep "Eka Naga", "Eka Dunia Eka Pasaran" dan "Eka Minda". Dengan konsep yang mantap ini, DXN telah melalui pertumbuhan berterusan selama bertahun-tahun. Pada 30 September 2003, DXN Holdings Bhd telah disenaraikan pada Pasaran Utama Bursa Malaysia. Susulan perlaksanaan tawaran pengambilalihan oleh pengasasnya, DXN secara rasmi dikeluarkan dari Bursa Malaysia pada 27hb Disember 2011.

DXN Holdings Bhd merupakan syarikat pemegang pelaburan dan pengurusan bagi Kumpulan DXN. DXN sentiasa mengutamakan kualiti dan ini telah membolehkan syarikat ini memenangi banyak penghargaan dan pengiktirafan daripada pelbagai organisasi kesihatan dan perniagaan. Selaras dengan dasar mantap dan perkembangan mampan, DXN telah mempelbagaikan aktiviti perniagaannya dengan pesat, yang merangkumi teknologi maklumat dan lain-lain. Dalam perniagaan teras, iaitu pemasaran rangkaian, perkembangan DXN yang pesat di pasaran global diakui di peringkat antarabangsa dengan peningkatan ahli di seluruh dunia dan peluasan tapak di lokasi strategik penting. Dengan lebih daripada 16.4 juta pengedar berdaftar di seluruh dunia, DXN mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dunia dalam produk Ganoderma.

Pengasas DXN

Datuk Lim Siow Jin

DXN diasaskan oleh Datuk Lim Siow Jin yang merupakan graduan Indian Institute of Technology. Datuk Lim sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia.

Setelah lebih 20 tahun penyelidikan mendalam dan analisis saintifik, Datuk Lim menemui manfaat khusus Ganoderma atau Lingzhi dan hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Menyedari akan kepentingan dan manfaat kesihatan Lingzhi, Datuk Lim mula berkongsi pengetahuan beliau tentang keajaiban herba ini bersama-sama kawan dan rakan sekerja yang turut mengutamakan kesihatan yang baik.

Datuk Lim tidak berhenti begitu sahaja. Beliau merasakan keperluan untuk menubuhkan syarikat yang dapat membantu lebih banyak orang untuk memahami dan menggunakan dengan baik manfaat herba ajaib ini. Pada tahun 1993, impian Datuk Lim telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menubuhkan DXN di Kedah, Malaysia.

* Skrol untuk maklumat lebih.
2001 - Anugerah BKM oleh Sultan Kedah
2002 - Anugerah Milenium Persatuan Antarabangsa Pendidikan Kesejahteraan Sedunia sebagai pengiktirafan ke atas komitmen serta kecekalan beliau ke arah kesejahteraan sedunia menerusi perubatan holistik, justeru itu menggalakkan kemajuan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.
- Anugerah Albert Schweitzer oleh Yayasan Kehidupan Positif sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau dalam bidang kemanusiaan dan keamanan serta semangat bertimbang rasanya seperti mendiang Albert Schweitzer, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1953.
- Anugerah DSM oleh Yang Dipertua Negeri Melaka
- Anugerah Pakar Perubatan Alaf Baru
oleh Institut Penyelidikan Perubatan Alternatif (Kanada)
- Sijil Pelantikan sebagai Profesor Pelawat Kanan (Penyembuhan Semulajadi & Ganoterapi)
Oleh Open International University for Alternative Medicine
- Sijil Keahlian Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia
oleh Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia
2005 - Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK)
Oleh Sultan Kedah, Malaysia
- Mother Teresa International Award 2004
2007 - Lencana Emas "Pengurusan Kualiti Global"
Daripada Trade Leaders` Club, Geneva, Switzerland
2010 - Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin telah dianugerahkan “Tokoh Pemimpin Perniagaan” dalam penganugerahan “Prominent Business Leaders Award 2010
- Penasihat Kehormat Peace Society Worldwide Dianugerahkan oleh Peace Society Worldwide, organisasi awam bagi keamanan dan keharmonian sedunia, yang berusaha untuk mempromosi dan menerapkan idea-idea dan prinsip-prinsip keamanan dunia seperti harmoni, toleransi, tanpa kekerasan, persefahaman dan kerjasama antarabangsa bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensinya.
- Anugerah Khidmat Cemerlang kepada masyarakat
Oleh Peace Society Worldwide atas sumbangan luar biasa beliau kepada masyarakat.
- Anugerah honoris causa Degree of Academic Fellow berpangkat Profesor oleh Academie Scientifique Internationale Vie Univers Nature of Toulouse, Perancis.
- Anugerah Pingat Saintis Cemerlang
Datuk Lim Siow Jin telah dianugerahi Pingat Saintis Cemerlang Tahunan oleh Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani (anugerah diterima oleh Pengurus Cawangan Pakistan En. Zarif Ahmed bagi pihak Datuk Lim Siow Jin).
2012 - Anugerah "Tathagat International Excellence Award 2012" di Persidangan Antarabangsa Ke-6 Ayurved dan Sistem Pelengkap Perubatan untuk sumbangannya dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.
2019 - Menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) dari Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16, yang membawa gelaran Datuk.
2023 - Anugerah Tokoh Kebajikan Negara di Majlis Malam Simfoni Kasih 2023

Konsep DXN

Eka Naga
Kami menjalankan segala proses, dari penanaman hingga pemasaran.

Eka Dunia Eka Pasaran
Para pengedar kami menikmati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan satu keahlian.

Eka Minda
Tumpuan diberikan kepada pencapaian Wawasan Global dan berusaha membantu para pengedar mencapai matlamat ini.

Falsafah DXN

Harga Rendah, Kualiti Tinggi; Profil Rendah, Pendapatan Tinggi.

Falsafah kami - mengenakan harga yang rendah bagi kesemua produk kami yang berkualiti tinggi, mempunyai profil yang rendah walaupun para pengedar kami menjana pendapatan yang tinggi, menepati konsep jualan langsung. Sistem ini sesuai untuk sesiapa jua tanpa mengira latar belakangnya. Sistem perniagaan ini membolehkan anda menikmati pencapaian peribadi yang membawa kepada pencapaian kewangan yang lebih teguh. Lebih penting lagi, ramai yang telah mengakui bahawa mereka berasa sihat setelah menggunakan produk kami. Falsafah ini merupakan asas kejayaan kami dalam bidang jualan langsung.

Serlahan Korporat

  1. 1993

    DXN mula beroperasi di Malaysia dengan konsep "Satu Naga".

  2. 1995

    Melangkah ke era baru dengan terbinanya bangunan ibu pejabat di Kedah, Malaysia.

  3. 1996

    Memasuki pasaran antarabangsa - Mauritius dan Singapura dengan menggunakan konsep "Satu Dunia, Satu Pasaran."

  4. 1997

    Kilang pemprosesan Lingzhi yang pertama di Malaysia menerima sijil pengiktirafan GMP.

    Reputasi terbukti apabila DXN dijemput oleh sebuah stesen TV untuk memperkenalkan syarikat serta produknya dalam sebuah program yang berlangsung selama 30 minit.

    Berjaya menembusi pasaran Hong Kong, Brunei, dan Indonesia.

  5. 1998

    Memulakan operasi di Thailand.

  6. 1999

    Syarikat Jualan Langsung yang pertama di Malaysia menerima sijil pengiktirafan yang amat membanggakan iaitu Pelaksanaan Produk Terapeutik (TGA) daripada Kementerian Kesihatan Australia.

    Kilang pemprosesan Lingzhi yang pertama di Malaysia menerima pengiktirafan ISO 9001.

    Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah mengunjungi ladang & kilang pemprosesan Lingzhi DXN serta memberi pujian ke atas usaha dan sumbangan syarikat terhadap pemupukan konsep buatan Malaysia.

    DXN telah menjadi syarikat Malaysia pertama yang menghasilkan Spirulina segar, yang permintaannya semakin meningkat naik.

    Berjaya menembusi pasaran Filipina.

  7. 2000

    - Ladang Lingzhi yang pertama di Malaysia menerima sijil pengiktirafan ISO14001.

    - Memulakan operasi di Australia, India, New Zealand dan Laos.

  8. 2001

    Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin telah dianugerahkan pingat BKM oleh Sultan Kedah. Pada masa yang sama, beliau juga mendapat Anugerah Belia Cemerlang daripada Persatuan Belia Cina, Negeri Kedah.

    Mencapai matlamat 2002. Sekarang, DXN telah berjaya menembusi pasaran di 25 buah negara, memperolehi jualan bulanan melebihi RM60 juta dan mempunyai 1.8 juta ahli.

    Berjaya menembusi pasaran Cyprus, Afrika Selatan, Amerika, Taiwan, Switzerland, Dubai, Bangladesh, dan Sri Lanka.

    DXN mula beroperasi di UAE melalui Agensi Agihan Luar, dengan rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran Timur Tengah.

  9. 2002

    Pengasas DXN, Datuk Lim Siow Jin telah dianugerahkan dengan tiga anugerah antarabangsa iaitu Kedoktoran Sains (Perubatan Alternatif), Anugerah Milenium dan Anugerah Albert Schweitzer.

    Selain itu, beliau juga mendapat pingat DSN sempena Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-77.

    Pada bulan Disember pula, Datuk Lim Siow Jin dianugerahkan sebagai Pakar Perubatan Alaf Baru.

    Beliau juga telah menerima Sijil Pelantikan sebagai Profesor Pelawat Kanan (Penyembuhan Semula Jadi dan Ganoterapi) dari Open International University for Alternative Medicines dan Sijil Fellowship dari World Health, Environment and Peace Foundation.

  10. 2003

    Berjaya menembusi pasaran Mexico, Kanada, Bahrain, Arab Saudi dan Oman.

    DXN Holdings Bhd. telah berjaya disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 30 September 2003. Ini melambangkan satu lagi mercu tanda pencapaian dalam perkembangan DXN.

    Ditubuhkan pada 1993, DXN telah memasuki tahun yang ke-10. Lebih daripada dua ribu rakan kongsi DXN dari dalam dan luar negara menghadiri Perayaan Ulang Tahun DXN yang ke-10 dan sambutan Aidilfitri yang diadakan pada 6 Disember 2003. Mereka bersama-sama meraikan pencapaian cemerlang DXN selama 10 tahun ini.

    DXN telah menerima liputan meluas daripada media cetak dan elektronik yang menonjolkan kejayaannya dalam sektor korporat tempatan.

  11. 2004

    Liputan media yang komprehensif tentang DXN bukan sahaja membuktikan bahawa corak operasi DXN telah diiktiraf, malahan membolehkan orang ramai memahami dengan lebih mendalam akan sistem pengurusan profesional, dasar-dasar serta rekod cemerlang DXN. DXN telah menerima liputan meluas daripada media cetak dan elektronik, yang menonjolkan kejayaannya dalam sektor korporat tempatan.

    DXN berjaya membeli 100% pegangan saham Reach Star Enterprise Sdn. Bhd. dan Reach Star Cash & Carry Sdn. Bhd. pada 6 Februari 2004.

    Menteri Sumber Manusia, Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn melawat ke Ladang dan Kilang DXN pada 7 November 2004.

    DXN menyambut Perayaan Ulang Tahun DXN yang ke-11 pada 4 Disember 2004. Lebih daripada dua ribu rakan kongsi DXN telah menghadiri perayaan tersebut.

  12. 2004

    Memulakan operasi di Jordan, Puerto Rico dan Nepal.

  13. 2005

    DXN telah memenangi anugerah "3rd Asia Pacific International Honesty Enterprise - Keris Award 2004". Syarikat dengan kredibiliti yang baik dipilih sebagai pemenang dan dipuji atas visi dan misi, inovasi dan strategi, pengurusan sumber manusia, kecekapan operasi dan produk.

    PT Daxen Indonesia, sebuah subsidiari DXN Holdings Bhd. telah menjadi ahli APSKI (Asosiasi Pengusaha Suplemen Kesehatan Indonesia) secara rasminya pada Januari 2005. Keahlian ini sememangnya telah mengukuhkan lagi kedudukan DXN di arena korporat antarabangsa.

    DXN International Private Limited (Philippines) telah dianugerahkan "2004 Buyer`s Choice Awards - The Most Outstanding Direct Selling Company" oleh "Awards and Recognition Association" dan "BIZ Business Today Magazine", Filipina.

    DXN International Private Limited (Philippines) telah dianugerahkan "2004 Year-Ender Excellence Awardee - The Top Innovative Marketing Company of the Year" oleh "Year-ender Excellence Awards Committee" dan "National Consumer Affairs Foundation", Filipina.

  14. 2005

    Philippines Business Profiles & Perspectives, Inc. (PBPPI) menyenaraikan DXN International Private Limited (Philippines) sebagai salah sebuah syarikat di antara 7 ribu syarikat terbesar di Filipina untuk tahun 2003-2004. Berdasarkan nilai jualan kasar syarikat bagi tahun 2003, DXN International Private Limited (Philippines) berkedudukan ke-812. Sementara itu, dalam senarai 5 ribu syarikat terbesar di Filipina, DXN International Private Limited (Philippines) menduduki tempat ke-768 berdasarkan perolehan jualan kasar syarikat bagi tahun 2003.

    Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin dianugerahkan Dato' Setia Diraja Kedah (DSDK) oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-77.

    DXN telah berjaya mendapat insentif bertaraf perintis selama 10 tahun dalam penanaman dan pemprosesan Spirulina.

  15. 2005

    Memulakan operasi di Qatar.

  16. 2006

    Pada 17 Julai 2006, Bahagian Makmal DXN Holdings Bhd. telah dianugerahkan dengan Sijil Pengiktirafan MS ISO/IEC 17025 atas keupayaan teknikalnya yang memenuhi skop dan operasi sistem pengurusan kualiti makmal yang ditetapkan.

    Dari 26 Oktober 2006 hingga 4 November 2006, DXN Marketing Sdn. Bhd berjaya menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa ke Eropah Barat yang pertama sebagai ganjaran kepada para pengedar DXN yang telah banyak berusaha dalam perniagaan DXN.

  17. 2006

    Memulakan operasi di Kuwait.

  18. 2007

    DXN Solutions Sdn. Bhd., satu syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd., telah mengambil setapak langkah ke hadapan: Ia telah diiktiraf oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) sebagai syarikat bertaraf Koridor Raya Multimedia (MSC). Dengan itu, ia layak untuk menikmati sepuluh keistimewaan yang dinyatakan dalam Bil Jaminan MSC.

    DXN Holdings Bhd. telah memenangi anugerah Asia Pacific International Honesty Enterprise yang Kelima- Keris Award 2006, dan menerima anugerah tersebut pada 17 Januari 2007. DXN dipuji atas visi dan misi syarikat, inovasi dan strategi, pengurusan sumber manusia, kecekapan operasi, dan penyelidikan dan teknologi untuk penghasilan produk-produk yang berkualiti.

    Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin bersama Trofi "New Millennium Award" untuk "International Award For Technology And Quality" yang ke-28.

    Encik Arsenio Pardo Rodriguez selaku Presiden Editorial OFICE dan Ketua Setiausaha Trade Leaders´ Club menyampaikan Lencana Emas "Pengurusan Kualiti Global" kepada Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin.

    DXN Kenya telah dilancarkan di Nairobi, Kenya pada 25hb Februari 2007.

    DXN started its operations in Pakistan.

  19. 2007

    DXN Comfort Tours Sdn. Bhd., cawangan Alor Star yang turut merupakan anak syarikat DXN Holdings Bhd. telah beroperasi secara rasminya mulai 27hb Oktober 2007. Dengan berteraskan konsep "Pilihan Terbaik Anda, Kesempurnaan Terasa", DXN Comfort sedia memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra kepada penduduk setempat.

    Dengan bangganya DXN sekali lagi menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa yang kedua pada 18 November 2007 hingga 23 November 2007. Acara tahunan kali ini telah membawa para pengedar DXN dari seluruh pelusuk dunia yang berkelayakan bersama-sama melayari Lautan Mediterranean menaiki Kapal Costa Serena yang serba mewah.

  20. 2007

    Menubuhkan Kilang Kosmetik untuk pengeluaran produk penjagaan peribadi (kosmetik), jus dan enzim.

  21. 2008

    DXN dipilih sebagai “PESERTA PALING CEMERLANG” di Festival Jualan Langsung Pertama (Timur Tengah) yang diadakan di Jumeirah Beach Hotel, Dubai dari 17hb hingga 18hb Mei 2008.

    DXN secara rasminya telah melancarkan stokis utama di Mongolia pada 2 Julai 2008 dengan perlantikan stokis utama yang pertama di Ulaanbaatar.

    Pengarah DXN, Dato' Seri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang Amat Dihormati (SHMS) yang membawa gelaran Dato' Seri DiRaja sempena sambutan Jubli Emas Sultan Kedah.

    Agensi Agihan Luar di UAE telah mengembangkan operasinya ke negara Timur Tengah yang lain termasuk Jeddah, Saudi Arabia.

    DXN sekali lagi berjaya menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa ke Geneva, Switzerland sebagai tanda penghargaan kepada para pengedar DXN yang telah banyak berusaha dalam perniagaan DXN.

  22. 2009

    Pengarah Urusan DXN, En. Lim Boon Yee, JP, PJK, dikurniakan Setia DiRaja Kedah (SDK) sempena Hari Keputeraan ke-81 Sultan Kedah, Tuanku Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah.

    DXN dianugerahkan “Anugerah Jualan Langsung bagi Pengurusan Cemerlang” di Festival Jualan Langsung (Timur Tengah) yang diadakan di Dubai pada April 2009.

    DXN telah menubuhkan sebuah syarikat subsidiari di Hungary untuk beroperasi sebagai sebuah gudang berpusat bagi menyokong Agensi Agihan Luar di Hungary juga untuk membekalkan produk ke lain-lain cawangan di Eropah.

    DXN mula beroperasi di Colombia.

  23. 2010

    Datuk Lim Siow Jin, Pengerusi DXN Holdings Bhd. dianugerahkan oleh Peace Society Worldwide, organisasi awam bagi keamanan dan keharmonian sedunia, yang berusaha untuk mempromosi dan menerapkan idea-idea dan prinsip-prinsip keamanan dunia seperti harmoni, toleransi, tanpa kekerasan, persefahaman dan kerjasama bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensinya.

    Datuk Lim Siow Jin, Pengerusi DXN Holdings Bhd. dianugerahkan “Anugerah Khidmat Cemerlang” kepada Masyarakat, oleh Peace Society Worldwide atas sumbangan luar biasa beliau kepada masyarakat.

    Datuk Lim Siow Jin, Pengerusi DXN Holdings Bhd. dianugerahkan “Anugerah honoris causa Degree of Academic Fellow” berpangkat Profesor oleh Academie Scientifique Internationale Vie Univers Nature of Toulouse, Perancis.

    DXN memeulakna operasi di Peru dan Ethiopia.

  24. 2011

    DXN telah dinobatkan sebagai syarikat rangkaian pemasaran yang paling berjaya di UAE dalam Majlis Anugerah Perniagaan Malaysia yang ke-2, anjuran Majlis Perniagaan Malaysia. Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.B. Dato' Sri Mustapa Mohamed, selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia, pada 18hb Dis 2011 di Dubai.

    DXN telah dinyahsenaraikan pada 27 Disember 2011 daripada Senarai Rasmi Bursa Malaysia disebabkan tawaran pengambilalihan oleh pengasas.

    Dengan bangganya DXN sekali lagi menganjurkan Insentif Seminar Pelancongan Antarabangsa yang keempat pada 25 November 2011 hingga 28 November 2011. Acara tahunan kali ini telah membawa para pengedar DXN yang berkelayakan melayari Lautan Mediterranean menaiki Kapal Royal Caribbean yang serba mewah.

  25. 2011

    Memulakan operasi di Republik Czech, Greece, Slovakia dan Romania.

  26. 2012

    Memulakan operasi di Bolivia, Bulgaria dan Nicaragua.

  27. 2013

    DXN Pharmaceutical dianugerahkan "Anugerah Kecemerlangan Industri" oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan bagi tahun 2012.

  28. 2013

    Memulakan operasi di Jerman dan Itali.

  29. 2013

    DXN telah menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada 17 November 2013. Majlis sambutan tersebut telah dijalankan dengan gilang gemilang di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Malaysia.

    Lebih dari 1000 pengedar dari seluruh dunia seperti Eropah, Amerika Latin, Afrika dan lain-lain telah menghadiri majlis sambutan tersebut bersama-sama pengedar tempatan dari Asia. Ianya adalah sebuah majlis yang mempertemukan pelbagai budaya, dengan pakaian tradisi yang berwarna-warni yang menjadikan majlis ini lebih istimewa. Buat julung kalinya majlis ini telah mempertemukan kesemua Duta Mahkota DXN dari Asia dan Eropah di atas sebuah pentas yang sama.

  30. 2014

    DXN diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 25 Teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" oleh Direct Selling News (DSN), USA.

  31. 2014

    Memulakan operasi di Sepanyol dan Austria.

  32. 2015

    DXN diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 24 Teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" oleh Direct Selling News (DSN), USA.

  33. 2015

    Majlis Tandatangan Expo China-Arab 2015

    - DXN merancang untuk melabur 1 billion yuan di Ningxia, China.

    Memulakan operasi di Panama.

  34. 2015

    DXN eWorld telah dilancarkan pada September 2015. Laman web ini dilancarkan bagi membantu pengedar DXN untuk menjalankan perniagaan mereka secara atas talian dan juga untuk berhubung dengan pengedar DXN yang lain dari seluruh pelusuk dunia.

  35. 2016

    Memulakan operasi di Ecuador dan Turki.

  36. 2016

    DXN sekali lagi diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung 24 teratas di seluruh dunia dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" bagi tahun 2016 oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat.

  37. 2017

    Kerajaan Daerah Dawukou dan DXN Holdings Berhad, Malaysia telah menghadiri satu majlis menandatangani perjanjian Projek Penyelidikan dan Penanaman Spirulina, Lingzhi, Kulat dan Cordyceps DXN di Pusat Konvensyen Bandar Shizuishan

  38. 2017

    Pada 18 April 2017, HSGE Agricultural Technology Co., Ltd. dan DXN Corporation (Ningxia) Co., Ltd., yang merupakan anak syarikat bagi syarikat pengeluar makanan kesihatan tambahan, DXN Holding Bhd di China, telah menandatangani satu perjanjian kerjasama strategik. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh ketua HSGE, Wang Haiyu dan pengasas DXN Holdings Bhd., Datuk Lim Siow Jin dengan disaksikan oleh wakil daripada DXN Holdings (Ningxia) Co., Ltd., dan pengurus besar Qingdao Rongsheng Microalgae Biotech Co., Ltd., Su Peng.

  39. 2017

    Persidangan DXN Eropah yang pertama telah diadakan pada 14 Mei 2017 di Millenáris Park, Budapest, Hungary. Ianya telah dihadiri oleh ratusan pengedar DXN bukan sahaja dari Eropah, malah turut disertai oleh pengedar dari Asia, Timur Tengah dan Amerika Latin. Persidangan ini telah diadakan di Hungary serentak dengan sambutan ulang tahun DXN Hungary yang ke-8.

  40. 2017

    DXN telah melancarkan cawangan DXN Cafe yang pertama di DXN Cawangan Stargate, Alor Setar, Kedah pada 1 November 2017. Ianya terletak strategik bersebelahan dengan cawangan DXN, yang berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan.

    DXN Cafe menawarkan minuman yang menyegarkan dan makanan yang enak yang dihidangkan di dalam persekitaran yang elegan dan selesa. Makanan yang disediakan di DXN Cafe adalah hasil gabungan dari pelbagai jenis budaya, Asia dan Barat, dan menawarkan minuman kesihatan yang dibawakan terus dari kilang DXN, tanpa tambahan sebarang jenis bahan pengawet.

    DXN Cafe adalah tempat yang terbaik untuk bersantai dan persekitarannya yang mesra menjadikannya tempat yang amat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan. Persekitarannya yang menenangkan juga dapat memberikan peluang untuk menjalankan urusan perniagaan, seperti mesyuarat dan perbincangan.

  41. 2017

    Mara 2 tangga dari senarai pada tahun 2016, DXN kini diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung ke-22 terbaik di seluruh dunia oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat.

  42. 2017

    Laman web DXN Eropah dan laman web DXN Latam telah dilancarkan pada tahun 2017.

    Laman web ini membantu pengedar DXN terutamanya di Eropah dan Amerika Latin untuk mendapatkan berita terkini, promosi dan lain-lain perkembangan dari DXN.

  43. 2018

    Satu Perjanjian Persefahaman antara DXN Holdings Bhd dan Sintok Agro Sdn Bhd dalam membantu perhutanan tani di Kedah dan mempromosikan kursus yang berkaitan dengan herba yang ditawarkan oleh universiti tempatan telah ditandatangani pada 17 Januari 2018.

  44. 2018

    Ulang tahun DXN ke-25 telah diadakan pada 6 Mei 2018 di Sunway Resort Hotel and Spa Ballroom, yang bertemakan “Satu DXN Satu Keluarga”.

    Menepati tema, keluarga DXN dari seluruh dunia telah hadir bagi meraikan pencapaian DXN yang mengagumkan sejak 25 tahun yang lepas, yang dipacukan oleh pertumbuhan pesat perniagaan DXN diseluruh dunia. Salah satu dari pencapaian hebat ahli DXN adalah sebanyak 18 ahli DXN telah berjaya mencapai status Duta Mahkota DXN (CA) dalam tempoh hanya 5 tahun.

    Dengan kata-kata yang memberi inspirasi yang disampaikan oleh Pengasas yang juga Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin, pihak pengurusan DXN, serta Duta Mahkota baharu yang berkongsikan pengalaman menarik mereka sepanjang menuju kejayaan, majlis Ulang Tahun DXN KE-25 sememangnya pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

    ITSI DXN 2018 Royal Caribbean Cruise, Voyager of the Seas, telah diadakan dari 6 sehingga 11 Mei 2018. Pelayaran ini turut mengunjungi Singapura, Phuket dan Pulau Pinang. ITSI kali ini telah mendapat penyertaan dari keluarga DXN dari setiap benua di dunia seperti Asia, Afrika, Eropah, Amerika Latin dan Timur Tengah. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan slot perkongsian ilmu dengan mesej bermotivasi yang disampaikan oleh Pengasas dan Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin, pihak pengurusan DXN, serta Pemimpin DXN.

  45. 2018

    Laman web DXN Afrika, Asia, Oceania dan Turki telah dilancarkan pada tahun 2018.

    Laman web ini membantu pengedar DXN terutamanya di Afrika, Asia, Oceania dan Turki untuk mendapatkan berita terkini, promosi dan lain-lain perkembangan dari DXN.

  46. 2019

    DXN terus mara dari tangga ke-22 pada tahun 2017 ke tangga ke-15 syarikat jualan langsung terbesar di dunia untuk tahun 2018 dalam "100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia" oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat.

  47. 2019

    DXN Cyberville mula dibina. Fasa pertama pembinaan adalah untuk Galeri, Pusat Kesihatan dan Kesejahteraan, dan juga fasiliti Latihan dan Konvensyen, yang telah siap pembinaannya. Fasa kedua pembinaan adalah untuk 150 unit pangsapuri, yang dijangka akan siap pembinaannya pada suku ketiga tahun 2022.

  48. 2019

    Sebuah Kebanggaan DXN

    Diinspirasikan daripada asas produk DXN iaitu Spirulina dan Ganoderma, DXN Cyberville mewakili trend peningkatan dan pertumbuhan DXN yang terletak di kawasan berbukit di Cyberjaya yang menggabungkan inovasi pertanian serta kemudahan yang moden. DXN Cyberville direka dalam persekitaran yang pintar, mendorong inovasi bagi mengurangkan penghasilan gas karbon, memperbaiki keselesaan penduduk dan mengembangkan lagi prestasi bangunan yang mematuhi garis panduan Indeks Bangunan Hijau.

    DXN Cyberville adalah sebuah tempat yang menawarkan kawasan untuk berehat, menjalankan latihan dan perjumpaan bersama ahli serta rawatan melalui Ganoterapi dan teknik pengurusan kesihatan semula jadi menggunakan pelbagai jenis produk DXN.

    Keterangan:

    Bangunan 1 terdiri daripada Pusat Kesejahteraan dan Rehat setinggi 3 tingkat :
    a. Bilik latihan yang boleh memuatkan lebih dari 1,500 pengunjung
    b. Kaunter jualan & gudang
    c. Bilik konsultasi
    d. Ruangan VIP
    e. Galeri DXN
    f. Helipad

    Bangunan 2 terdiri daripada pangsapuri setinggi 10 tingkat dan 2 tingkat untuk aktiviti rekreasi.
    Jenis pangsapuri adalah seperti berikut:
    a. Jenis A – 100 unit studio
    b. Jenis B – 45 unit pangsapuri 3 bilik
    c. Jenis C – 5 unit pangsapuri 1 bilik

    Termasuk kawasan plaza terbuka, DXN Cyberville boleh memuatkan seramai 6,000 pengunjung.

    Ianya dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat tahun 2021.

  49. 2019

    Laman web DXN USA telah dilancarkan pada tahun 2019. Laman web ini membantu pengedar DXN terutamanya di Timur Tengah untuk mendapatkan berita terkini, promosi dan lain-lain perkembangan dari DXN.

  50. 2020

    Laman web DXN Timur Tengah telah dilancarkan pada tahun 2020. Laman web ini membantu pengedar DXN terutamanya di Timur Tengah untuk mendapatkan berita terkini, promosi dan lain-lain perkembangan dari DXN.

  51. 2020

    DXN telah dinobatkan sebagai Syarikat Jualan Langsung Terbaik (Global) dalam Anugerah Perdagangan Dalam Negeri 2020 (APDN 2020) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

  52. 2022

    Pada 10 Disember 2022, DXN Itali telah mengadakan Majlis Pelancaran pejabat terbaharunya di Rom. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran pihak pengurusan tertinggi DXN, yang turut disertai oleh ahli-ahli DXN dari Eropah dan seluruh dunia.

  53. 2023

    DXN Cyberville

    Pembinaan DXN Cyberville, yang merupakan pusat kesihatan dan kesejahteraan DXN yang pertama, dan ibu pejabat DXN yang baharu, telah siap dibina pada tahun 2023. Ianya terletak di Cyberjaya, Malaysia, dan merupakan tempat yang ideal untuk percutian. Ia terdiri daripada pusat kesihatan dan kesejahteraan, sebuah kompleks pangsapuri, dan kawasan rekreasi. Ia juga adalah hab siber global yang menempatkan pejabat jualan, kaunter jualan stokis, dan sebuah dewan konvensyen. Dilengkapi dengan dewan besar, dewan persidangan, bilik mesyuarat, plaza terbuka dan tempat istirehat VIP, ia juga adalah satu lokasi yang sesuai untuk pelbagai jenis majlis, di dalam mahupun di luar dewan, seperti acara korporat, mesyuarat, seminar, perjumpaan, dan lain-lain majlis seperti majlis perkahwinan.

    The Public Listing of DXN

    DXN berusaha untuk memastikan perkembangan syarikat yang berterusan dan kejayaan ahlinya. Semangat ini membolehkan DXN berjaya untuk kembali disenaraikan di pasaran utama Bursa Malaysia pada 19 Mei 2023, yang memberikan peluang yang lebih baik bukan sahaja kepada DXN malah kepada semua ahlinya.

    DXN IPO Prospectus Launch

    Acara Pelancaran Prospektus Saham Terbitan Awam (IPO) DXN telah diadakan pada 28 April 2023 di DXN Cyberville. Acara ini telah dihadiri oleh pengurusan tertinggi DXN, pengarah-pengarah, kakitangan, Duta Mahkota DXN dari Malaysia dan luar negara, pegawai dan wakil daripada pelbagai bank dan institusi kewangan, pegawai Bursa Malaysia, serta pihak media.

    Acara bermula dengan pembentangan video korporat, diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Eksekutif DXN, Datuk Lim Siow Jin, dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad, Dato' Fad'l Mohamed. Acara ini diakhiri dengan satu majlis istimewa yang menandakan pelancaran Prospektus Saham Terbitan Awam.

  54. 2023

    30th Anniversary

    Majlis sambutan ulang tahun DXN yang ke-30 telah diadakan dengan penuh gilang gemilang di DXN Cyberville pada 15 Oktober 2023. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Pengerusi Eksekutif DXN, Ketua Pegawai Eksekutif DXN, pengurusan tertinggi DXN, ahli Lembaga Pengarah DXN, Duta Mahkota DXN, serta pengedar DXN dari seluruh dunia.

    Salah satu daripada peristiwa yang menjadi sorotan pada majlis tersebut adalah ucapan yang disampaikan oleh beberapa orang penting syarikat, yang memberikan wawasan mengenai masa depan syarikat dan memberi inspirasi kepada para tetamu untuk berusaha menjadi yang terbaik. Satu lagi acara penting di majlis itu adalah pengiktirafan pengedar tertinggi, yang diraikan atas pencapaian cemerlang mereka di dalam DXN. Para tetamu juga disajikan dengan apa yang bakal diberikan oleh DXN pada majlis pelancaran produk terbaharu DXN. Menambahkan lagi kegembiraan pada majlis tersebut adalah persembahan yang menghiburkan dan acara cabutan bertuah.

    Tokoh Kebajikan Negara 2023

    Pengerusi Eksekutif DXN, Datuk Lim Siow Jin, telah diraikan di MAJLIS MALAM SIMFONI KASIH 2023 pada 27 Disember 2023, yang diadakan di sebuah hotel berprestij di Kuala Lumpur, Malaysia. Majlis tersebut telah diserikan lagi dengan kehadiran Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

    Anugerah ini mengiktiraf sumbangan besar beliau dalam meningkatkan kesihatan global dan memperbaiki kualiti kehidupan manusia sejagat, serta sebagai seorang yang dermawan, Datuk Lim telah diberikan anugerah Tokoh Kebajikan Negara 2023. Anugerah ini mengiktiraf semangat dedikasi dan usaha yang tidak berbelah bagi DXN dalam memberikan kesan yang positif kepada masyarakat.

  55. 2024

    DXN telah mencapai kejayaan yang hebat dengan berjaya mempunyai 17 juta pengedar di seluruh dunia. Kejayaan yang hebat ini telah membuktikan bahawa DXN telah diterima di peringkat global, dan telah memberi impak yang positif kepada seluruh dunia, dan membuktikan bahawa semangat dedikasi dan kerja keras keluarga DXN yang tidak berbelah bagi.

Aktiviti Perniagaan

DXN Marketing Sdn. Bhd.

Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Penjualan produk kesihatan dan produk lain berdasarkan kaedah jualan langsung

Block C, 8 Suria Boutique Offices,
Jalan PJU 1/42, Dataran Prima,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
Tel : 00-603-7809 3388
Fax : 00-603-7809 3200
Emel : csu@dxn2u.com
Laman Web : https://www.dxn2uasia.com/

DXN PHARMACEUTICAL SDN. BHD.

Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Penanaman Ganoderma Lucidum, Spirulina, Cordyceps dan pengilangan produk makanan kesihatan dan produk lain.

Kg. Padang Panjang,
Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra Kedah,
Malaysia.
Tel : +604-9161288
Fax : +604-9173610
Emel : ceo_office@dxn2u.com
Laman Web : https://www.dxn2u.com/


DXN INDUSTRIES (M) SDN. BHD.

Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Penghasilan produk makanan & minuman, produk kosmetik dan produk penjagaan diri.

Kg. Padang Panjang,
Jalan Bukit Wang,
06000 Jitra Kedah,
Malaysia.
Tel : +604-9161288
Fax : +604-9173610
Emel : ceo_office@dxn2u.com
Laman Web : https://www.dxn2u.com/


DXN MANUFACTURING (INDIA) PRIVATE LIMITED

Syarikat subsidiari DXN International Private Ltd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Pengilangan makanan kesihatan, ubat tradisional serta penghasilan pelbagai produk makanan.

R.S. No. 141/4 & 142/5
Thiruvandar Koil Village
Mannadipet Commune
Pondicherry Union Territory
India.
Tel : +91 413 2640 618
Fax : +91 413 2640 618


PT Daxen(Indonesia)

Syarikat subsidiari DXN International Holdings Ltd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama: Industri bahan pembersih, formulasi dan penjualan produk tradisional, kosmetik serta minuman

Bio Synergy Laboratories Sdn Bhd

Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham: 100%
Aktiviti Utama: Ujian Makmal Secara Komersil

Ibu Pejabat - Kedah:
Lot 1109, Mukim Malau,
Daerah Kubang Pasu,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-9161288 Fax: 04-9173610

Makmal Wilayah Utara:
No. 24, Jalan Kelisa Emas,
Taman Kelisa Emas,
13700 Seberang Jaya, Penang
Tel: 04-3841539 Fax: 04-3841537

Makmal Wilayah Tengah:
No. 43, Jalan SS 22/23,
Damansara Jaya,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-77325454 Fax: 03-77325757

Makmal Wilayah Selatan:
No. 7, Jalan Mutiara Emas 6/1A,
Taman Mount Austin,
81100 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-3518666 Fax: 07-3595353

Pegawai Untuk Dihubungi:
Khoo Hwa Chuan (Mr)
Telefon Bimbit: 012-4693519
Emel: hckhoo@biosynergy.com.my

Alamat Email:
Emel: lab3@biosynergy.com.my, lab4@biosynergy.com.my, lab@biosynergy.com.my, labkl@biosynergy.com.my, labkl6@biosynergy.com.my, labkl8@biosynergy.com.my, labpng@biosynergy.com.my, labpng2@biosynergy.com.my, labpng3@biosynergy.com.my, labjb@biosynergy.com.my, labjb2@biosynergy.com.my

DXN BIOTECH CONSULTANTS SDN. BHD.

Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : Mengendalikan penyelidikan dan pembangunan serta eksperimen yang berkaitan dengan bioteknologi, bio-kimia serta produk pertanian.

Alamat Surat-menyurat:
Wisma DXN
No 213 Lebuhraya Sultan Abdul Halim
05400 Alor Setar
Kedah Darul Aman
Malaysia
Tel : +604-7723388/6688
Fax : +604-7721188
Emel : hckhoo@dxn2u.com
Orang yang Dihubungi : Mr. Khoo

DXN SOLUTIONS SDN. BHD.

Syarikat subsidiari DXN Holdings Bhd.
Pemilikan Saham : 100%
Aktiviti Utama : DXN Solutions menyediakan pelbagai jenis rangkaian penyelesaian berasaskan perisian sumber terbuka kepada DXN dan anak-anak syarikatnya.

Pejabat Jualan Alor Setar

Wisma DXN
No 213 Lebuhraya Sultan Abdul Halim,
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.
Tel : +604-7723388/6688
Fax : +604-7721188
Emel : solutions@dxn2u.com

Boulder Valley

Aktiviti Utama : Hospitaliti dan pelancongan

8 Jalan Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 0199778995
Email : info@bouldervalleyglamping.com.my
Social Media: facebook instagram

Ganoderma DXN

Gano Bentuk Hati

Gano Bentuk Jantung

Gano Kimshen

Gano Bentuk Otak

Gano Bentuk Merak

Gano Ruyi

Pertumbuhan Miselium (1 Minggu)

Pertumbuhan Ganoderma Tanduk Rusa (1 Bulan)

Pertumbuhan peringkat pertengahan (2 Bulan)

Peringkat matang (3 Bulan)

Bahan-bahan yang dijadikan media pembiakan organik.

Mengisi media pembiakan organik ke dalam polibeg. Kemudian, polibeg ditutup dengan penutup plastik.

Polibeg dimasukkan ke dalam mesin pengewapan untuk diwapkan.

Mesin pengewapan berteknologi tinggi.

Kaedah menggantung polibeg secara melintang bagi mengelakkan penyerapan bahan-bahan yang tidak diingini.

Memetik Ganoderma yang segar dan berkualiti tinggi.

Penghasilan kapsul menggunakan mesin automatik.

Proses menggilap kapsul untuk memastikan kebersihannya.

Memasukkan kapsul ke dalam botol.

Penutup botol ditutup dengan sempurna.

Melabelkan botol bagi memberikan identiti unik kepada setiap botol untuk memudahkan kawalan produk

Melabelkan tarikh pengeluaran dan tarikh luput produk.

Produk siap untuk dipasarkan.