Hidup Sihat & Kaya
Kebebasan Kewangan & Masa
Segalanya mungkin dengan DXN. Jadi, sertai kami sekarang.
Serlahkan sifat keusahawanan dalam diri anda
Segalanya mungkin dengan DXN. Jadi, sertai kami sekarang.
DXN menawarkan peluang kepada semua untuk memulakan perniagaan yang berisiko rendah dan berkos rendah :
DXN menawarkan anda produk dengan harga yang rendah tetapi berkualiti tinggi; mengekalkan profil yang rendah dan menghasilkan pendapatan yang tinggi.
Organisasi Jualan Langsung pertama yang menggunakan konsep "Satu Dunia Satu Pasaran"; dengan satu keahlian, anda boleh menjalankan perniagaan anda di mana-mana negara dan menikmati bonus serata dunia.
Produk DXN dihasilkan sendiri; tanam, kilangkan, pasarkan, edarkan.
DXN berada di kedudukan ke-15 dalam senarai global oleh Direct Selling News (DSN) pada tahun 2018.
DXN mengguna pakai sistem pemasaran yang adil; apabila ahli di bawah anda (downline) dinaikkan pangkat, anda turut mendapat ganjaran.
Pengiktirafan dan penganugerahan dari serata dunia.
Sebuah organisasi yang mempunyai kumpulan pengurusan yang profesional.
Sebuah syarikat yang memastikan penjagaan kesihatan, kebebasan kewangan dan pencapaian peribadi yang membantu menambah baik kualiti kehidupan seseorang.
Adakah melancong merupakan salah satu daripada impian anda? Anda mempunyai tempat-tempat yang ingin dilawati? Tempat bersejarah, tempat yang mempunyai seni bina yang hebat, pantai yang cantik?
Bersedialah untuk impian anda ditunaikan kerana dengan DXN, anda akan mendapat pelbagai ganjaran dan salah satu daripadanya adalah melancong ke luar negara. Jika anda berjaya mendapatkan mata kelayakan yang tertentu, DXN akan menaja sepenuhnya percutian anda.
* Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Berikut merupakan peluang pelancongan kami yang akan datang.
Jadi, sertai kami sebagai ahli untuk berpeluang menikmati peluang ini.
Klik sini untuk melihat tempat-tempat yang telah dilawati oleh ahli DXN dibawah Insentif Seminar Pelancongan (TSI).
Adakah anda risau setelah bersara, anda terpaksa bergantung dari segi kewangan dengan orang lain? Adakah anda risau anda masih perlu berkerja untuk menyara kehidupan?
Kehidupan selepas persaraan anda boleh berubah! Anda tidak perlu menjadi tua, tinggal di rumah kecil, dan menghabiskan masa dengan mengharapkan orang lain ataupun berada dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot.
Anda mempunyai peluang untuk bersara muda, sihat dan kaya dengan sistem yang betul dan berkesan untuk menjamin masa depan anda.
Sertai ribuan orang yang telah bersara dengan sihat, kaya dan muda dengan sistem DXN. Pelan Pemasaran DXN yang unik membolehkan anda untuk guna, kongsi dan bina kehidupan selepas persaraan anda:
Satu sistem yang berkesan kepada anda dan keluarga dengan memanfaatkan masa, usaha dan wang: 1% usaha dari 100 orang berbanding dengan 100% usaha dari seorang individu sahaja.
Satu sumber pendapatan yang menjamin kebebasan masa dan kewangan: pendapatan anda tidak hanya bergantung kepada masa dan usaha. Ini berdasarkan :
Bersara dengan pendapatan pasif.
Usaha yang telah anda lakukan telah diinsuranskan: kedudukan/status dan pendapatan anda boleh dipindahkan kepada waris.
Masa yang tidak terhad – DXN memberikan anda peluang untuk meningkatkan pendapatan anda selagi anda mahu. Mulakan kerjaya dari umur semuda 18 tahun dan terus berkerja selama mana yang anda inginkan :
DXN merupakan peluang perniagaan untuk sesiapa sahaja, di mana jua, bila-bila masa, separuh masa, sepenuh masa, sepanjang masa.
Untuk menyertai keluarga DXN dan memulakan perniagaan, anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli DXN (18 tahun ke atas, dengan seorang Penaja) dengan Yuran Pendaftaran Sekali sahaja dan minimum satu pembelian PERIBADI keatas mana-mana produk DXN setiap tahun.
Setelah mendaftar sebagai seorang Ahli DXN, anda dapat menikmati pelbagai kelebihan :
Akses kepada bonus berkala, perkongsian keuntungan dan insentif.
Falsafah "Satu Dunia Satu Pasaran", melayakkan anda untuk menikmati bonus serata dunia dengan hanya satu keahlian.
Dengan lebih 18 juta ahli berdaftar, dan 79 cawangan di lebih 180 negara, anda mempunyai peluang untuk menjalankan perniagaan anda di pasaran antarabangsa dengan merekrut ahli dari seluruh dunia.
Beli Produk DXN dengan Harga Pengedar yang lebih murah dari Harga Runcit.
Peluang melancong ke seluruh dunia.
Akses kepada modul latihan sistematik yang percuma dan terdapat pada sepanjang masa.
Jika anda serius untuk mengembangkan perniagaan anda, meniti tangga kejayaan dengan DXN dan capai matlamat anda, ini adalah langkah-langkah yang boleh diambil :
Dapatkan Kit Permulaan. Ianya boleh dibeli melalui :
Beli Produk DXN dan kekalkan PV anda.
Taja ahli baru kerana pencapaian status adalah berdasarkan jumlah ahli bawah yang anda miliki.
Menghadiri seminar dan kem kepimpinan anjuran DXN untuk belajar dan bertukar ilmu pengetahuan dengan ahli-ahli DXN yang lain.
Selalu mempromosikan DXN kepada keluarga dan rakan anda.
Pastikan anda mempunyai ilmu yang meluas mengenai Produk, kelebihan Produk dan Pelan Pemasaran DXN.
Mengunakan Alat Bantuan Pemasaran DXN seperti gambar dan video dan sebagainya, bagi membantu mempromosikan perniagaan anda.
Menggunakan sepenuhnya sistem terkini oleh DXN seperti Alat Bantuan Pemasaran berasaskan Web dan Aplikasi Mudah Alih bagi kemudahan dalam perekrutan dan pembelian produk.
Mengawal selia jualan, perekrutan, pembelian dan status dengan alat bantuan DXN seperti DXN eWorld dan DXN App.
Mengunakan medium percuma di Internet seperti media sosial dan lain-lain untuk mempromosi dan mengembangkan perniagaan anda.
Mengkaji idea pemasaran seperti mewujudkan kiosk, mesyuarat berkala dan sebagainya untuk mempromosikan produk DXN dan perniagaan anda.
Membaca mengenai teknik-teknik pemasaran dan tips-tips dari buku, majalah dan laman web untuk menambah baik perniagaan anda.
Semangat kerja berpasukan adalah penting kerana apabila ahli bawahan anda dinaikkan pangkat, anda akan mendapat kenaikan pangkat juga.
Ianya dapat diringkaskan seperti berikut :
Dengan pembelian barang penjagaan rumah, anda boleh mengekalkan keperluan minimum untuk mendapatkan bonus.
Bergabung dengan seorang individu setiap bulan, yang boleh membeli produk dengan keperluan minimum untuk mendapatkan bonus.
Ulang sistem ini pada setiap bulan.
Tiada batasan – dengan memberi fokus kepada seorang individu pada setiap bulan dan menggunakan produk kesihatan, anda boleh mendapatkan pendapatan yang mencukupi untuk merealisasikan impian anda, jadi bayangkan pertumbuhan dengan potensi dan usaha penuh anda.