Pengasas DXN

The driving force behind DXN.

DXN diasaskan oleh Datuk Lim Siow Jin yang merupakan graduan Indian Institute of Technology. Datuk Lim sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap spesis cendawan serta hubungkaitnya dengan kesihatan manusia.

Setelah lebih 20 tahun penyelidikan mendalam dan analisis saintifik, Datuk Lim menemui manfaat khusus Ganoderma atau Lingzhi dan hubungkaitnya dengan kesihatan manusia. Menyedari akan kepentingan dan manfaat kesihatan Lingzhi, Datuk Lim mula berkongsi pengetahuan beliau tentang keajaiban herba ini bersama-sama kawan dan rakan sekerja yang turut mengutamakan kesihatan yang baik.

Datuk Lim tidak berhenti begitu sahaja. Beliau merasakan keperluan untuk menubuhkan syarikat yang dapat membantu lebih banyak orang untuk memahami dan menggunakan dengan baik manfaat herba ajaib ini. Pada tahun 1993, impian Datuk Lim telah menjadi kenyataan apabila beliau berjaya menubuhkan DXN di Kedah, Malaysia.

2001

  • Anugerah BKM oleh Sultan Kedah
  • 10 Pemuda Cina Cemerlang oleh Persatuan Belia, Negeri Kedah, Malaysia.

2002

  • Anugerah Milenium Persatuan Antarabangsa Pendidikan Kesejahteraan Sedunia sebagai pengiktirafan ke atas komitmen serta kecekalan beliau ke arah kesejahteraan sedunia menerusi perubatan holistik, justeru itu menggalakkan kemajuan masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental.
  • Anugerah Albert Schweitzer oleh Yayasan Kehidupan Positif sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan beliau dalam bidang kemanusiaan dan keamanan serta semangat bertimbang rasanya seperti mendiang Albert Schweitzer, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1953.
  • Anugerah DSM oleh Yang Dipertua Negeri Melaka
  • Anugerah Pakar Perubatan Alaf Baru
    oleh Institut Penyelidikan Perubatan Alternatif (Kanada)
  • Sijil Pelantikan sebagai Profesor Pelawat Kanan (Penyembuhan Semulajadi & Ganoterapi)
    Oleh Open International University for Alternative Medicine
  • Sijil Keahlian Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia
    oleh Yayasan Kesihatan, Alam Sekitar dan Keamanan Sedunia

2005

  • Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK)
    Oleh Sultan Kedah, Malaysia
  • Mother Teresa International Award 2004

2007

  • Lencana Emas "Pengurusan Kualiti Global"
    Daripada Trade Leaders` Club, Geneva, Switzerland

2010

  • Pengerusi DXN, Datuk Lim Siow Jin telah dianugerahkan “Tokoh Pemimpin Perniagaan” dalam penganugerahan “Prominent Business Leaders Award 2010
  • Penasihat Kehormat Peace Society Worldwide Dianugerahkan oleh Peace Society Worldwide, organisasi awam bagi keamanan dan keharmonian sedunia, yang berusaha untuk mempromosi dan menerapkan idea-idea dan prinsip-prinsip keamanan dunia seperti harmoni, toleransi, tanpa kekerasan, persefahaman dan kerjasama antarabangsa bersama-sama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pelbagai agensinya.
  • Anugerah Khidmat Cemerlang kepada masyarakat
    Oleh Peace Society Worldwide atas sumbangan luar biasa beliau kepada masyarakat.
  • Anugerah honoris causa Degree of Academic Fellow berpangkat Profesor oleh Academie Scientifique Internationale Vie Univers Nature of Toulouse, Perancis.
  • Anugerah Pingat Saintis Cemerlang
    Datuk Lim Siow Jin telah dianugerahi Pingat Saintis Cemerlang Tahunan oleh Perdana Menteri Pakistan Yousuf Raza Gilani (anugerah diterima oleh Pengurus Cawangan Pakistan En. Zarif Ahmed bagi pihak Datuk Lim Siow Jin).

2012

  • Anugerah "Tathagat International Excellence Award 2012" di Persidangan Antarabangsa Ke-6 Ayurved dan Sistem Pelengkap Perubatan untuk sumbangannya dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan.

2019

  • Menerima pingat Panglima Jasa Negara (PJN) dari Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-16, yang membawa gelaran Datuk.

2023

  • Anugerah Tokoh Kebajikan Negara di Majlis Malam Simfoni Kasih 2023
DXN Founder

Pengasas DXN

Datuk Lim Siow Jin

Facebook Instagram Blogger